Thursday, August 26, 2010

~sEloKa nAsiHaT~

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT. 
Bila hidup kita berkat, dunia ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS !

Apabila pembangunan meningkat, kemajuan pesat, kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Di tengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, ketika itu manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia mula mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jadi jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat madu telan jela minyak gamat.

Yang lelaki.
Budak-budak muda pakai seluar ketat, semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur khurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pula jarang disikat.

Yang perempuan.
Pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat... (apa dapat...?)
Suka sangat menunjuk pusat, hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pula yang singkat-singkat, kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ni, siapa lihat pasti tercegat.

Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan jadi hebat.
Duduk jauh berkirim surat bila berjumpa tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafsu naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah s.w.t. dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat!
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat,
maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.

MAKNANYA ketika itu Iblis mula melompat.
Dia kata apa?
Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu...

Wahai saudaraku dan para sahabat.
Marilah kita pakat mengingat.
Bahawa dunia ini semakin singkat.
Esok atau lusa mungkin kiamat.
Sampai masa kita semua berangkat!
Berangkat menuju ke hari akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa itu, sendiri mau ingat.

Umur yang banyak, berapa banyak kamu buat ibadat?
Zaman muda mu, apa yang telah kamu buat?
Harta benda mu, dari mana kamu dapat?
Ilmu mu, adakah ia bermanfaat?

Sebagai sesama insan sama-samalah kita saling ingat mengingat.
Supaya ianya dapat mengingatkan kita segera meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.
Semoga Allah melimpah hidayah dan rahmat.

BERKAT ... BERKAT ...


                                                                                                                                             from: nani

No comments:

Post a Comment